MODUL AKTIVITI STEM by SITI AMINAH MOHAMMAD, SHIRLEY ARVILLA ANDREW, NOR FARANAZ SHAMIN NOR AZMI, HALIM AHMAD, AJIS LEPIT, KEVIN ALVIN ESWAR
Synopsis
Modul aktiviti sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) edisi pertama ini dihasilkan khususnya untuk membantu pelajar memahami konsep sains dan teknologi supaya mudah difahami dan diikuti. Modul ini disediakan dengan aktiviti-aktiviti ujikaji yang ringkas sebagai panduan pelaksanaan aktiviti STEM diperingkat pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Modul ini lebih fokus kepada bidang fizik yang merupakan bidang asas yang diperlukan dalam teknologi termaju masa hadapan. Fizik penting untuk ahli sains dan jurutera membangunkan infrastruktur dalam perdagangan dan industri. Albert Einstein pernah berkata “Imagination is more than knowledge”. Imaginasi melalui pemikiran analitik dan kritikal penting kerana penemuan dan penerokaan bidang baharu termaju asasnya melalui STEM. Modul ini boleh dijadikan sebagai rujukan aktiviti-aktiviti STEM dipelbagai peringkat untuk memupuk kesedaran dan minat pelajar diperingkat awal pembelajaran terhadap sains dan teknologi. Semoga minat generasi muda terhadap aktiviti pembelajaran dan pengajaran dapat dipertingkatkan dengan bantuan modul ini. Semoga modul ini bermanfaat untuk semua pembaca.
Reviews
Buku ini membantu untuk pelajar memahami konsep sains dan teknologi dengan cara yang mudah.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.