Perang Uhud by Abdul Latip Talib
 
                
                Read using                
                  
                                  
              
              
            
                                  
                    
                                    (price excluding SST)
                            
            
                Title:
                
                  Perang Uhud
                
              
              
                Author:
                
                                      
                    Abdul Latip Talib
                                  
              
              
                Category:
                
                                      General Novel
                    ,                                       History
                    ,                                       Islam
                                                      
              
              
                ISBN:
                978-967-408-053-2
              
              
                Publisher:
                
                  
                    PTS Publications (PTS Litera)                  
                
              
              
                File Size:
                0.94 MB
              
              
              
            
                                
                    
                                    (price excluding SST)
              
          
          Synopsis
                Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu 11 Syawal tahun ke-3 Hijrah/ 26 Mac 625 Masihi antara pasukan Quraisy Mekah dipimpin Abu Sufyan bin Harb dengan pasukan muslimin di bawah pimpinan Nabi Muhamad SAW. Pasukan musyrikin Mekah berjumlah tiga ribu orang lengkap dengan senjata serta mendapat bantuan daripada beberapa kabilah Arab, antaranya Kinanah dan Tihamah. 
Pasukan muslimin pada mulanya berjumlah seribu orang tetapi pada saat-saat akhir, Abdullah bin Ubai dan para pengikutnya seramai 300 orang menarik diri pulang ke Madinah. Jumlah sebenar pasukan muslimin yang terlibat dengan Perang Uhud adalah seramai 700 orang sahaja.
Gunung Uhud terletak di sebelah utara Kota Madinah. Jauhnya kira-kira enam kilometer dari Masjid Nabawi. Dinamakan Gunung Uhud kerana keadaannya tunggal tidak bersambung dengan gunung-gunung yang lain. Dari jauh gunung itu tampak kemerahan kerana terdiri dari batu kerikil merah.
Dalam pertempuran di kaki Gunung Uhud itu, pasukan muslimin mengalami kekalahan di mana 71 orang gugur syahid manakala di pihak lawan hanya 23 orang sahaja yang terbunuh. Antara yang syahid ialah Hamzah bin Abdul Mutalib. Rasulullah sendiri mengalami luka-luka di bahagian muka dan gigi beliau patah.
Gunung Uhud adalah gunung yang bersejarah bagi orang Islam kerana di sinilah bersemadinya 71 orang syuhada termasuk Hamzah bin Abdul Mutalib. Menurut satu riwayat, di situ juga letaknya kubur Nabi Harun saudara kandung Nabi Musa.
Bagi mereka yang pernah melawat Gunung Uhud, pastinya pernah melihat kedudukannya yang agak condong sedikit kerana kedudukan itu ada kaitannya dengan sejarah Perang Uhud.
Diberitakan, ketika para syuhada hendak dikebumikan agak jauh sedikit dari Gunung Uhud, maka Gunung Uhud bergerak untuk mengikut mengiringi jenazah itu. 
Namun baginda Rasulullah SAW melarang Gunung Uhud dari berubah tempatnya. Oleh sebab itulah, Gunung Uhud sedikit condong dari kedudukan asalnya.              
            Reviews
                          
                          Broken book
                          
                        
                            by Syahrom Zakaria on November 14, 2015
                          
                          This book is broken...
                          
                          Good
                          
                        
              
                            by Saya Iszuddin on September 14, 2016
                          
                          Nice read
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
 
               
               
               
               
               
               
        