KALIKS ROSEL : POTENSI DI DALAM PENGAWALATURAN SEMULA JANTUNG by Shafreena Shaukat Ali, Satirah Zainalabidin, Kamisah Yusof
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
(price excluding SST)
Synopsis
Malaysia yang mewah dengan sumber hasilan semula jadi merupakan antara pengeluar terbesar bagi tanaman rosel. Kaya dengan pelbagai jenis sebatian bieaktif yang tinggi nilai perubatannya, sememangnya manfaat kesihatan rosel tidak dapat disangkal lagi. Buku Koliks Rosel: Potensi Pengawalaturan Semula Jantung ini mengupas tentang kesan perlindungan rosel ke atas komplikasi jantung dalam model kajian infarksi miokardium. Melalui pendekatan kajian in vivo. potensi resel sebagai rawatan alternatif bagi merencat penstrukturan semula jantung yang berlaku selepas infarksi miokardium dibincangkan dengan terperinci di dalam buku ini. Hasil kajian mendedahkan rosel mempunyai nilai terapeutik yang sangat memberangsangkan seperti aktiviti anti-oksidan, anti-inflamasi, anti-apoptotik, anti-librotik dan anti-hipertrofi pada model haiwan yang digunakan. Malahan, rosel dilihat mempunyai nilai komersial yang tinggi serta berpotensi besar untuk dibangunkan bagi tujuan perubatan demi kepentingan masyarakat dan negara. Penyelidikan ini dijalankan oleh sepasukan penyelidik di Pusat Kajian Toksikologi dan RisikCenter for Toxicology and Health Risk Studies, CORE) di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan dijalankan dengan mematuhi etika penyelidikan yang ditetapkan oleh UKM.
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.