DARIFA by Azimah Lily

DARIFA by Azimah Lily from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
Title: DARIFA
Author: Azimah Lily
Category: Romance
ISBN: 978-967-2809-17-3-darifa
File Size: 31.20 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

BLURB Seumur hidup Darifa sudah biasa seorang diri. Dibesarkan di rumah anak-anak yatim menjadikan Darifa seorang wanita yang berhati cekal dan tabah mengharungi dugaan. Kehadiran Zahira sebagai teman serumah menceriakan hidup Darifa. Gelagat Zahira menghiburkan hati Darifa. Bagi Darifa, Zahira dianggap seperti adik sendiri. “ Mak nak sangat Kak Rifa ikut Ira balik. Lagipun raya kat kampung Ira best tau! Bila lagi Kak Rifa nak rasa feeling balik kampung.” – ZAHIRA Atas pujukan Zahira, Darifa mengikut Zahira pulang ke kampung. Kedatangan Darifa disambut baik oleh Mak Munah dan Pak Udin. Pertama kali Darifa merasai suasana hari raya di kampung. Kemunculan sepupu Zahira bernama Lutfan menggegarkan hati Darifa. Selepas sepuluh tahun, Darifa berjumpa semula dengan Lutfan. “Tak sangka kita jumpa lagi, Rifa. Awak sikit pun tak berubah, tetap macam dulu.” – LUTFAN Berjumpa dengan Lutfan semula menyebabkan Darifa mengingati semula kisah lama antara mereka berdua. Kata-kata Lutfan dulu pernah menggores perasaan Darifa. “Jadi, Abang Lut kenal la dengan first love Kak Rifa?” – ZAHIRA “Lutfan la first love akak dulu.” – DARIFA Disebabkan Lutfan turut sama menetap di Melaka, Darifa kerap berjumpa dengan Lutfan. Perasaan cinta Darifa pada Lutfan mula berputik kembali. Lutfan sentiasa melayan Darifa dengan baik sehingga Darifa merasakan Lutfan turut sama mencintai Darifa “Saya sukakan awak, Rifa! Bukan seorang kawan tapi sukakan awak lebih dari seorang kawan. Sejak kita kawan beberapa bulan ini, saya jatuh cinta dengan awak.” – LUTFAN Darifa gembira apabila cintanya berbalas. Lamaran Lutfan diterima walaupun tempoh hubungan mereka berdua hanya beberapa bulan saja. Darifa bersedia untuk menjadi isteri Lutfan dan mengabadikan hidupnya membina keluarga bersama lelaki yang dicintai. Ternyata Lutfan mempunyai agenda sendiri. Hati Darifa hancur setelah rahsia Lutfan terbongkar. Apakah sebenarnya rahsia Lutfan? Dapatkan Darifa memaafkan Lutfan untuk kali kedua? Kemunculan seseorang yang tak disangka menggegarkan dunia Darifa. Siapakah orang itu? Adakah dunia Darifa akan kembali tenang semula.

Reviews

Write your review

Recommended