Bukan Kahwin Paksa by Syamnuriezmil

Bukan Kahwin Paksa by Syamnuriezmil from  in  category
Read using
(price excluding SST)
Author: Syamnuriezmil
Category: Romance
ISBN: 978-967-406-302-3
File Size: 5.33 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

“Cinta tu, buta, pekak, bisu.” “Kenapa cakap macam tu pula?” “Kita tak nampak, kita boleh jatuh cinta, kita tak dengar pun kita boleh jatuh cinta, kita tak boleh bersuara pun kita boleh jatuh cinta. So, cinta itu buta, pekak dan bisu. Tapi cinta tak akan jadi cinta lagi bila hati mula bagi masalah.” Setiap kisah ada pertemuan dan setiap pertemuan ada permulaan. Walaupun pelbagai cara permulaan sebuah pertemuan itu, kalau sudah jodoh... maka jodohlah ia! Pada mulanya, mereka dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mel, mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon. Dia, IZZ RIZQIN mengorbankan cintanya pada yang lebih berhak. Dia seorang yang menjuangkan cinta dan sanggup berkorban demi cinta. Bila berkorban itu bermakna dia seorang pencinta yang sejati. Tapi, untuk berkorban dia perlu menerima calon isteri cadangan daddy dan mummynya. Dia pula, DARA SAFIYA yang tidak percaya pada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya. Oleh kerana itu, mama dan papanya bertindak untuk mencadangkan dia calon pilihan mereka. Tapi Dara meletakkan syarat yang akhirnya mengenakan diri sendiri. Walaupun mereka menerima cadangan calon pilihan keluarga, bukan bermakna mereka kahwin paksa, kerana masing-masing sudah jatuh cinta. “Kita buat cerita baru, kita bina cinta baru... what say you?” “Then you get your answer...” “Jawapan?” “That I love you too...” Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga mudah. Tapi untuk dicintai dengan orang yang kita cintai, itu cinta yang sukar diperoleh. Kecuali... Kita mula mencintai untuk dicintai.

Reviews

isteri cagaran
by nurafiqah on December 19, 2024

best

Write your review

Recommended