Sepatutnya kami berkahwin dengan gelaran kahwin paksa, tapi akhirnya… aku putuskan untuk kahwin rela dengan dia!
Beria-ia aku menangis, menjerit, melalak dan berdoa tak nak kahwin dengan pilihan emak. Tup-tup, mama kepada lelaki itu menghubungi emak aku. Katanya, rancangan perkahwinan terpaksa dibatalkan tanpa disertakan sebab. Fuh, lega aku!
Namun siapa sangka, majlis perkahwinan yang dibatalkan akhirnya berlaku juga dan kini bukan atas keterpaksaan tapi atas kerelaan aku sendiri. Persoalannya kini, adakah aku bersedia untuk menghadapi hari-hari yang mendatang bersama dengan si dia yang tidak mengenali aku malah mencurigai niat sebenar aku kerana menerimanya sebagai suami?
“Berapa mama bayar kau?”
“Dua juta. Puas hati?”
Aku menyayangi Adi Firkash sepertimana aku seharusnya menjaga suami aku sendiri walaupun apa pun kekurangannya. Sehinggalah dia jatuh cinta dengan aku dan begitu juga aku mencintainya. Namun belum sempat aku meluahkan perasaan sebenar itu, dugaan datang sehingga menyebabkan aku berundur diri.
Dan bila tiba-tiba takdir menemukan semula aku dengan dia, adakah dia akan mengenali aku meskipun aku menidakkannya?
“Syifa Imani binti Dollah. Awak... isteri saya kan?”
“Encik salah orang. Saya bukan isteri encik. Saya belum kahwin.”
Airil Izwan datang setelah bertahun-tahun aku fikirkan dia telah pergi dan tak akan memelukku seperti zaman kanak-kanak kami dahulu. Kini… benarkah dia yang muncul di hadapanku dan mampu aku katakan betapa aku merinduinya? Lantas… adakah Adi Firkash boleh menolak rasa cemburu dek kehadiran lelaki itu sedangkan aku sendiri tak tahu kedudukan sebenar aku dalam hatinya?
“And you tell me, suami mana tak marah kalau tengok isteri dia berpeluk dengan jantan lain depan mata dia sendiri? Tell me!”
Reviews
Dia...isteri aku rupanya
by on January 20, 2018
best!!!
dia...isteri aku rupanya
by on March 22, 2018
best citer dia..jalan cerita yang menarik
Dia Isteri Ku Rupanya
by Nur fardillah ibrahim on March 21, 2019
Best sgt!
Dia Isteri aku rupanya
by on April 10, 2019
best..jalan cerita menarik
Dia...Isteri Aku Rupanya
by Masyitah Aminah Muktar on May 25, 2020
Jalan cerita macam dah menarik tapi penulisannya sgak kucar kacir. Dan format enovel ini sangat mengganggu pembacaan.
Dia... Isteri aku rupanya
by zafidah hasbullah on July 14, 2020
kecewa dgn buku ini... baca 2-3 helai pun dah terasa penat. tak smpt nk tau jalan cerita best ke tak... susunan perenggan sgt2 menyedihkan... hrp penulis jgn putus asa... baiki kelemahan, cek betul2 arrangement dlm buku...
Dia...Isteri Aku Rupanya
by on November 17, 2020
Bacaan untuk mengisi masa lapang..
Dia... Isteri Aku Rupanya..
by on January 20, 2021
Jalan cerita yang biasa-biasa sahaja. Pelik, sebab tak tau rupa isteri sendiri macam mana? Takkan takde gambar langsung? Masa bernikah takde gambar ke? Kat kad kahwin mesti ada gambar. Kisah Airil dibawa lari pun mencurigakan. Boleh ke culik anak orang lepas tu bawa tinggal di luar negara tanpa dokumen yang sebenar?
Dia isteri aku rupanya
by Nur Arianie binti Mohd Norizar on February 20, 2021
mula2 je best.
Dia...Isteri Aku Rupanya
by SARINAH BINTI SUKRI on June 16, 2022
jalan cerita yang menarik, cuma bentuk perenggan dalam cerita yang sedikit menyukarkan pembacaan tapi Best je baca
dia... isteri aku rupanya
by irdina on October 28, 2022
10/10
tentang gadis yang mengahwini seorang buta dan menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. persis drama crush, lelaki itu sembuh dari buta lantas....
Chapter Pening
by Aisyah on September 02, 2023
Kenapa chapter tak asing eh? Pening nak baca
dia isteri aku rupanya
by on February 14, 2024
agak boring jln cerita
Dia...isteri aku rupanya
by RAUDAH BINTI RAMLI on February 21, 2024
Cerita agak menarik..terdapat sedikit kesalahan ejaan..comtoh..bisa dieja bias..
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.