Pelaporan Sosial Dan Alam Sekitar Isu Akauntabiliti Dan Cabaran Masa Depan by Romlah Jaffar & Hamezan Md Nor

Pelaporan Sosial Dan Alam Sekitar Isu Akauntabiliti Dan Cabaran Masa Depan by Romlah Jaffar & Hamezan Md Nor from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
Category: General Academics
ISBN: 978-629-7547-05-3
Publisher: Penerbit UKM
File Size: 3.84 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Buku ini mengupas dengan terperinci isu pelaporan maklumat sosial dan alam sekitar walaupun tiada perundangan dan peraturan yang menetapkan bagaimana ia perlu dilaporkan. Fenomena ini menyebabkan tahap pelaporan maklumat ini masih rendah dan kandungan maklumat yang dilaporkan diragui tentang kesahihan dan ketepatan maklumat tersebut. Maklumat yang dilaporkan juga tidak diaudit. Oleh itu, kesahihan maklumat perlu diberi perhatian kerana maklumat boleh mempengaruhi pelabur dalam membuat keputusan pelaburan. Pemegang berkepentingan yang lain juga memerlukan maklumat ini untuk tujuan yang pelbagai.

Buku ini membincangkan kepentingan pelaporan maklumat sosial dan alam sekitar serta kecenderungan syarikat untuk melaporkan maklumat yang memberi berita baik berbanding berita buruk. Maka, tidak hairanlah jika banyak syarikat yang terbukti telah menyalahi undang-undang dan peraturan alam sekitar, tetapi tidak melaporkan maklumat tersebut dalam laporan tahunan. Buku ini mengupas dengan terperinci isu akauntabiliti pelaporan dan cabaran pelaporan pada masa hadapan. 

Reviews

Write your review

Recommended