Pemegang Cinta Judika by Yaya Abdul Rahman

Pemegang Cinta Judika by Yaya Abdul Rahman from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
Category: Teen Novel , Romance
ISBN: PemegangCintaJudika_01
File Size: 1.49 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Sepuluh tahun berdiam diri menyulam rindu dan berteka-teki dengan perasaan hati, akhirnya Judika nekad. Wanita itu mesti menjadi peneman hidupnya. Berdarah asing dan memeluk Islam, dia tidak pernah menyangka bahawa cinta dalam hati kepada wanita itu membawa dirinya ke pelayaran cinta mencari Tuhan. Ternyata, cinta sejati bukan sekadar ungkapan indah di mulut malah satu perjalanan yang mendewasakan dirinya. Bersama wanita itu, dia menemukan kebahagiaan yang dicarinya selama ini. “Because I love you but not her! Because I want only you but not her! And I will not give you up to other people especially to Cikgu Meerqeen.” – Ryu Judika Cinta memerlukan masa. Ia bukan sekadar rasa yang hadir sekelip mata. Prosesnya amat panjang lalu mengajarnya mencintai diri sendiri terlebih dahulu sebelum mencintai yang berhak. Memilih peneman hidup bukanlah sesuatu yang mudah. Ibarat memilih jagung di pasar, luarannya menarik dipandang namun dalamannya belum tentu elok. Mencari peneman hidup umpama membina rumah di taman syurga, yang tiangnya perlu teguh, pemangkin binaan yang utuh. “Merayulah macam mana sekalipun, Ryu-san. Saya bukan perampas hak wanita lain. Saya hormat Ryu-san as my ex-employer. Halang laluan saya, peluk saya, desak saya. Ini semua salah...” – Atiya Zulaikha Dalam dunia mereka, cinta bukan sekadar rasa. Ia dibaluti dengan pelbagai halangan dan ujian. Cinta sejati memerlukan pengorbanan walau badai melanda, walau ujian mendatang tanpa diduga dan walau kesetiaan dipertaruhkan. Mampukah mereka mempertahankan segalanya? “Sometimes, I think my life feels like a novel and I think it is good. With you by my side, abang.” – Atiya Zulaikha Ternyata benar, kebahagiaan sejati hadir apabila dua jiwa saling mencintai. Berpaksikan iman dan bukan hanya teman di kala suka dan duka tetapi juga penunjuk jalan sama-sama menuju syurga Tuhan.

Reviews

Write your review

Recommended