Khazanah Segala Rimbun by Marzuki Ali

Khazanah Segala Rimbun by Marzuki Ali from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Marzuki Ali
Category: General Academics
ISBN: 9789838617390
File Size: 1.24 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Khazanah Segala Rimbun menghimpunkan sebanyak 168 buah sajak yang dihasilkan Marzuki Ali selaku Ahlicipta (Karyawan Tamu) di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang bagi tempoh 2007/2008. Sajak-sajak tersebut telah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Kembali Bermukim (41 buah sajak), Di Kaki Senja (44 buah sajak), Teratai di Tasik (40 buah sajak), dan Nazam Tekukur (43 buah sajak). Sesuai dengan moto "Memastikan Kelestarian Hari Esok," sajak-sajak dalam Khazanah Segala Rimbun ini mengajak khalayak ramai untuk meneroka ruang kehijauan yang masih lagi berbaki di tanah air kita. Pohon-pohon dan tumbuh-tumbuhan yang merimbun, nyaman dan redup, kaya dengan pelbagai khazanah seperti pokok jemerlang, kenanga, jejawi, sentang, dan mempari serta sena ditampilkan Marzuki dengan marga satwa burung-burung seperti sewah, raja udang, merpati, tiung, dan gagak dengan serangga seperti semut-semut hitam, kerengga dan rama-rama di samping kera, labi-labi, ketam nipah, tupai, dan sebagainya yang merupakan himpunan khazanah yang harus diperhatikan dan disayangi. Alam kehijauan, belukar yang tenang, lembah yang nyaman, dan keindahan alam semula jadi telah memberikan saham kerukunan eko alam yang terpelihara. Melalui kesantunan hukum alam, penulis mengungkapkannya menerusi lewat bait-bait kata yang kental bersama isi rasa yang kaya dengan makna perjuangan hidup dengan landas yang puitis. Sesungguhnya sajak-sajak Marzuki telah menyemarakkan kepelbagaian citra anyaman peristiwa yang segar dan menyamankan lingkungan kita. Justeru, khazanahnya harus dilestarikan sehingga bertahan sampai akhir.

Reviews

Write your review

Recommended