Penyakit – Masalah Keseimbangan Badan dan Rawatannya by Zuraida Zainun

Penyakit – Masalah Keseimbangan Badan dan Rawatannya by Zuraida Zainun from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
Author: Zuraida Zainun
Category: General Academics
ISBN: 978-967-2183-14-3
Publisher: Penerbit UTHM
File Size: 6.12 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Buku berkenaan penyakit vertibular periferi dan panduan keseimbangan badan dalam versi Melayu ini julung kalinya diterbitkan di Malaysia. Modul latihan keseimbangan badan ini merupakan modul yang diadaptasi dan diubahsuai daripada modul asal Customised Cawthorne-Cooksey Exercises yang telah dibangunkan oleh para saintis dari London, United Kingdom. Terdapat beberapa penambahan latihan yang telah imasukkan di dalam modul latihan ini seperti beberapa pergerakan solat. Di samping itu juga saya telah mendapat kebenaran untuk menterjenahkan rentetan daripada penerbitan Bal Ex : Modul Video Latihan Keseimbangan Badan untuk Panduan di Rumah. Penerbitan buku ini dapat memudahkan para pesakit yang mengalami masalah kepeningan dan para pelajar untuk mempelajari tentang penyakit vertibular periferi dan teknik melakukan latihan keseimbangan badan. Para pesakit juga dapat menjalankan latihan keseimbangan di rumah atau di tempat kerja tanpa memerlukan lawatan yang terlalu kerap ke unit terapi atau hospital. Selain itu, para pesakit dapat menjalankan terapi dengan teratur dengan merujuk kepada buku ini. Latihan keseimbangan badan merupakan satu teknik perubatan dalam bentuk latihan fizikal yang telah terbukti keberkesanannya dalam membantu pesakit yang mengalami masalah keseimbangan badan atau kepeningan. Siri latihan keseimbangan badan ini dapat mengurangkan tanda dan gejala ketidakseimbangan badan untuk pesakit tersebut. Secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan lagi taraf kualiti hidup. Fokus utama dalam sesi latihan ini ialah dapat merangsang otak seseorang pesakit untuk pulih sepenuhnya dan dapat mengadaptasi masalah keadaan keseimbangan badan yang dig=hadapi oleh seseorang pesakit. Akhir kata saya amat berharap agar dengan terbitnya buku penyakit vertibula periferi dan kaedah rawatan menggunakan Bal Ex: Modul video latihan keseimbangan badan untuk panduan di rumah ini dapat membantu lebih ramai pesakit di luar sana dalam menjalani rawatan. Secara tidak langsung, saya berharap semoga penghasilan buku ilmiah ini dapat memperkembangkan dan memantapkan lagi bidang klinikal vertibular di Malaysia.

Reviews

Write your review

Recommended