Persembahan @Media .com by Jyh Wee Sew
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
Title:
Persembahan @Media .com
Author:
Jyh Wee Sew
Category:
General Academics
ISBN:
978‐983‐100‐792‐1
Publisher:
University of Malaya Press
File Size:
1.11 MB
(price excluding SST)
Synopsis
Dewasa ini, media konvensional diganding dengan media baru, sama ada sebagai landasan pendidikan formal ataupun ragam semiotik budaya manusia. Media baru telah bersebati dengan media konvensional dalam persembahan komunikasi akademik, peribadi, rasmi, dan komersil. Tanpa disedari kehidupan manusia menjadi serasi dengan semiotik persembahan kacukan pada abad ke‐21. Sebagai contoh, media baru berbentuk telekomunikasi telah menjadi ragam persembahan bahasa lisan merangkap resmi interaktiviti harian. Sempadan media baru dan media konvensional tidak lagi terpisah dengan jelas. Walaupun kesan media konvensional tidak hilang dalam sekelip mata impak persembahan media baru dapat dirasai secara serta‐merta dalam pergaulan manusia.
Dalam dunia pendidikan media gabungan menjadi wahana pendidikan formal di dalam tadika, sekolah, politeknik, maktab rendah dan universiti. Pada masa yang sama, media gabungan berfungsi sebagai pelantar hiburan di kediaman, pentas teater dan pusat seni kunjungan segenap lapisan masyarakat. Skop media konvensional yang dikaji dalam perbincangan pendidikan bahasa ialah drama pendidikan manakala lingkungan media baru yang ditinjau merangkumi paparan digital yang wujud di dalam internet. Kedua‐dua jenis media ini terus bergabung dan menjadi sumber persembahan popular yang penting. Buku ini meninjau kesan‐kesan perkembangan corak persembahan makna yang ligat berubah dalam dunia media gabungan.
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.