Perkahwinan Ikram dan Marina bahagia disulami cinta yang sentiasa memekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Siapalah mereka untuk menidakkan takdir Tuhan. Janji yang kukuh terpateri akhirnya rapuh.Kehadiran Insyirah dan anak kecilnya menggoyahkan rumah tangga yang kukuh terbina.
Insyirah memang bijak sehingga Ikram termakan kata dustanya. Hati Marina remuk kala dia dipersalahkan oleh suami tercinta. Kerana cemburu buta Ikram, kesetiaan Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. Hati itu makin parah saat lafaz cerai terzahir di mulut sang suami.
“Rina, sebaik kau melangkah keluar dari rumah ni, aku ceraikan kau!” - Ikram
Marina pergi membawa diri dengan seribu duka di hati. Disangka kasih itu berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan.Tidak editoleh ke belakang lagi. Perjalanan harus diteruskan, demi mencari penawar duka di hati. Namun satu per satu kehilangan menghimpit diri. Rasa kehilangan orang yang disayangi, amat memeritkan jiwa Marina.
Setelah cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali.
“Jangan kerana kisah lalu, Rina menyimpan perasaan benci kepada abang. Tak sanggup rasanya apabila Rina bencikan abang.” - Ikram
Tapi hasrat hati memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dengan tindakan Ikram terhadap Marina.
Kerana tidak mahu Marina hidup dibebani kisah lalu, keluarganya telah menentukan jodoh untuknya. Namun cinta yang bertakhta di hati memang sukar disingkir pergi. Hadirnya Adam, cuba mengubati hati Marina yang penuh dengan seribu kisah duka. Ingin menjadi penyelamat kerakusan hatinya yang sengsara. Sebagai tunang kepada Marina, mampukah Adam memecah tembok hati Marina?
Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci? Perlukah dia melupakan kebahagiaan yang hadir di depan mata begitu sahaja? Adakah Adam mampu membuka pintu hati yang terkunci selama ini? Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yang akan menjadi pilihan Marina setelah cinta itu pergi?
Reviews
Timing
by SITI NADIA MAHAYADIN on January 25, 2019
Why I still didn't receive any ebook...I purchase 2 days ago...The timing still same when I purchase hardcopy novel....very sad about this.....????
BEST!!
by qaisaraqistina on January 31, 2019
Senang je la rupanya beli eBook ni terus boleh baca dalam phone and the best thing... I dah habis baca cerita ni sebelum drama dia habiss. Tak sabar nak sambung tengok next episod dia kat tv. huhu
book purchase
by normalini on February 07, 2019
how long can receive the book after purchase
Setelah Cinta Itu Pergi
by Fariha Mustapha on February 20, 2019
xsempat nk tgok citer dia kat tv. terus beli ebook kat eSentral..hehehe...dapat jugak tahu cite dia camne...
Setelah Cinta Itu Pergi
by on January 15, 2021
Panjang betul kisah tarik tali pasangan yang mau tapi takut ni. Hilang kisah lamaran Ikram kepada Asra Jihan walaupun siap dah beli cincin. Tiba-tiba bagitau Marina mereka hanya teman biasa. Pengakhiran mereka kelihatan seperti tergesa-gesa..
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.