Gunung Emas by Haji Abdul Halim Taib / Fatimah Zaharin Saidin
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
Title:
Gunung Emas
Category:
General Novel
, History
ISBN:
978-983-40365-1-5
Publisher:
Haji Abdul Halim bin Taib
File Size:
0.73 MB
(price excluding SST)
Synopsis
Setelah mengalahkan angkatan tentera Bersekutu British,
tentera Jepun menduduki Malaya dan Singapura selama tiga tahun
sembilan bulan (1942-1945). Jepun menghantar pakar-pakar Geologi
ke Malaya untuk mengkaji sumber asli yang boleh diterokai untuk
dibawa balik ke Japan sebagai bahan mentah. Pengkajian ini diketuai
oleh seorang pakar geologi Jepun bernama Hiroshi Yamada.
Dalam pengkajiannya Yamada menemui pamor raksaksa di daerah
Ulu Kelantan yang kaya dengan deposit emas dan uranium.
Pamor ini, dikenali oleh Yamada sebagai ìNaga Emasî dan mengunjur
dari kawasan selatan Thailand di utara sehingga ke sempadan
Johor/Pahang di selatan. Yamada tidak sempat menyerahkan laporan
kajiannya kepada pihak pemerintah tentera Jepun kerana Jepun
menyerah diri secara mengejut apabila bom atom digugurkan ke atas
Hiroshima dan Nagasaki. Yamada menyembunyikan laporan projek
Naga Emas ini di dalam sebuah gua di Ulu Kelantan.
Laporan rahsia ini kemudian menjadi rebutan antara pihak kerajaan
Malaysia, individu yang tamakan kekayaan, dan sebuah kumpulan jihad
dari selatan Thailand. Kerajaan Malaysia menubuhkan sebuah pasukan
petugas khas yang diketuai oleh Dr. Razif Zakri untuk menjejaki
laporan ini. Pasukan petugas khas ini mengunjungi ke Japan dan
menemui Hiroshi Yamada dalam persaraan di sebuah perkampungan
di kaki Gunung Fuji. Yamada dengan rela hati menyerahkan kepada
wakil Pasukan Petugas Khas Malaysia arahan-arahan sulit untuk
menjejaki laporan Naga Emas yang tersembunyi di Ulu Kelantan.
Semasa Yamada tinggal di perkampungan Orang Asli di Ulu Kelantan
untuk menjalankan pengkajiannya, dia berkahwin dengan seorang
wanita Orang Asli anak Tok Batin kaum Mendriq dan mendapat seorang
anak lelaki. Semasa bayi ini berumur enam bulan Yamada diarah pulang
ke Japan bersama dengan askar-askar Jepun yang sedang berundur dari Malaya
pada ketika itu setelah Jepun menyerah diri. Bayi ini diserahkan kepada
kawannya Datuk Manan pegawai daerah Gua Musang untuk dipelihara sebagai
anak angkat. Datuk Manan menamakan bayi ini Razif Zakri.
Dr. Razif Zakri Ph.D., kemudian meningkat menjadi seorang penjawat awam
yang terkemuka dan dilantik mengetuai perbadanan PEREMAS, sebuah badan
yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia untuk membangunkan deposit emas
dan uranium yang dijumpai Yamada di Ulu Kelantan. Setelah empat dekad
berpisah, akhirnya Yamada menemui anaknya, Dr. Razif Zakri dan sahabatnya
Datuk Manan di Gua Musang, Kelantan.
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.