Bukan Sementara by Alia Ali Ahmad

Bukan Sementara by Alia Ali Ahmad from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
Author: Alia Ali Ahmad
ISBN: 9789670707204
Publisher: October
File Size: 1.29 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

“Aku rasa aku dah jatuh cinta. Antara aku dengan Azura tu... aku lagi berhak ke atas suami aku.” “Ini soal hati, Farisa. Kita baik macam malaikat sekali pun, kita cantik macam bidadari sekali pun, kalau hati tak suka, tak guna juga.” Tapi aku sayangkan dia. Aku cintakan dia. Semenjak aku bergelar isteri kepada Afiq Qusyairi, aku Siti Farisa, telah berikrar bahawa perkahwinan ini bukan sementara. Walaupun pada mulanya aku sanggup mengorbankan usia mudaku untuk lelaki itu semata-mata demi janji yang aku buat dengan Azura, namun setelah mendengar nasihat mak, aku nekad untuk memikat hati lelaki yang kugelarkan suami. “Angah dengar ni nasihat mak, walaupun angah kahwin dengan Afiq bukan atas dasar cinta, tapi semailah cinta dalam hati angah, insya-Allah... suatu hari nanti, angah akan menjadi kecintaannya. Jadikan dia insan yang beruntung kerana memiliki angah.” “Dalam rumah tangga tu ada pergaduhan tu, biasalah ngah. Tapi jangan sampai melarat. Maafkanlah kerana memaafkan itu akan membuatkan cinta dalam hati makin bersemi. Kalau si suami sedang marah dan berpaling muka dengan angah, jangan pancing amarahnya lagi. Angah kena pandai ambil hati suami tau.” Baiklah, mak. Angah pasti tak akan sia-siakan setiap ajaran mak kepada angah. Angah relakan semua ni bukan saja sebab mak dan keselamatan adik-beradik perempuan angah, tapi angah juga mahu menjadi seorang isteri yang bakal mencium haruman syurga. Tapi…benarkah aku tidak boleh mencintai suami aku sendiri, hanya disebabkan janji yang dah tak boleh aku mungkiri? “Farisa... kenapa jadi macam ni? Jangan utamakan orang yang menjadikan kau pilihan. Tolonglah, Farisa. Kau tahu kan apa akibatnya kalau kau suka Abang Afiq. Kau tahu kan Abang Afiq hanya sukakan Kak Zura. Kau tahu kan semua tu?” Tapi benarlah. Cinta itu pelik. Cinta itu memang ajaib. Kadangkala susah untuk memikirkannya. Begitu juga perasaan cinta yang dialami Farisa. Adakah cintanya akan berbalas? Dan layakkah Farisa dihukum atas kesalahannya yang memungkiri janji yang dulu berlaku antara Afiq, Azura, dan dia? Aku bukan isteri sementara Afiq Qusyairi. Bukan!

Reviews

Write your review

Recommended