Amir Minah Macho by Ummu Wafa
Synopsis
Reviews
Penulisan yang sangat baik kerana diselitkan dengan Ilmu islamik. Sesuai untuk bacaan umum. Tahniah buat penulis.
Banyak benda yang saya dapat ambil sebagai pengajaran dalam cerita ni .
Tak diceritakan apa penyelesaiannya kepada masalah Sofia yang mengandung sama ada berkahwin atau tak dengan Tengku Imran. Cerita yang menyelitkan adegan lucu, sedih dan bercirikan islamik. Banyak pengajaran yang dapat diambil.. ~ mrscyrusS
Bacaan santai di PNM e-Reader. Pinjam darii Perpustakaan Negara Malaysia - Digital Library Dialog/nukilan yang menarik... Ingat... kerja untuk mencari pengalaman, bukan untuk menjadi hamba orang. Ya ALLAH, lindungilah diriku dan keluargaku daripada api neraka! Itulah doa yang selalu dia baca sebaik saja selesai solat. Semoga ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang melindungi mereka. Amin... “Buat apa awak pedulikan tin kosong, yang berisikan minuman, kan banyak? Jadi, pilihlah yang tak kosong. Ingat, dalam hidup ini kita perlu melihat ke hadapan dan berfikiran positif. Jangan ambil kira perkara-perkara yang negatif tu!” Dalam persahabatan, perlu ada keikhlasan, kasih sayang dan bersahabat kerana ALLAH. Sahabat yang baik, kadang-kadang kasih sayangnya melebihi daripada adik-beradik sendiri. Mungkin dengan adik-beradik atau saudara-mara kita tak mampu meluahkan apa yang terbuku dan tersangkut di hati, tapi dengan sahabat kita boleh mengadu apa saja tanpa rasa segan dan rendah diri. Hebatnya peranan seorang sahabat. Disebabkan itulah, Rasulullah SAW menggelarkan para sahabatnya seumpama bintang-bintang. Sentiasa hampir dengannya dan sentiasa memberi sinaran dalam perjuangannya. Sesiapa mengikut jejak langkah mereka, bererti dia telah mendapat petunjuk. Tidak ada perkataan yang lebih bererti melainkan perkataan ‘sabar’. Tidak ada kata yang lebih sesuai untuk memujuk hati yang berduka melainkan perkataan itu juga. Kerana sabar itu sebahagian daripada iman. Kalau saya berubah pun, mesti kerana ALLAH, bukan kerana manusia atau sebab-sebab tertentu. Biarlah rasa taat kepada ALLAH tu penuh dengan keikhlasan.
Alhamdulillah selesai menamatkan kisah ini. Cerita yang banyak penuh pengisian dengan kisah kekeluarga dan cinta. Di sebalik kisah ini banyak pengajaran yang indah yang diselitkan. Subhanallah! Cintailah kerana Allah Pengakhiran yang menyentuh hati
novel terbaik yang sarat dengan pengajaran dan ilmu agama. cuma berkenaan sofea yang tergantung kisahnya, itu saja lah kekurangan novel ini pada pendapat saya
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.