Standard Program: Pendidikan Awal Kanak-kanak by Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA)

Standard Program: Pendidikan Awal Kanak-kanak by Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Category: General Academics
ISBN: 978-967-0996-00-4-bm
File Size: 5.05 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Skop Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECE) di Malaysia merangkumi asuhan dan pendidikan formal dan tidak formal dari lahir hingga enam tahun. Pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti memerlukan pendidik awal kanak-kanak yang berkualiti. Oleh itu, pendidik perlu memiliki latihan yang berkualiti dalam pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak. Bagi mendapatkan kompetensi yang diperlukan, pendidik awal kanak-kanak perlu mendapatkan asas pengetahuan dan kompetensi tertentu. Oleh sebab lima tahun yang pertama adalah ‘tahun pembentukan’, Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, PhD dan Ed.D dalam ECE perlu mempunyai standard kualiti tertentu untuk diiktiraf sebagai program profesional.

Untuk menghasilkan pendidik awal kanak-kanak yang berkualiti, PS: ECE telah mengenal pasti lima bidang pengetahuan teras dan kompetensi kepada pendidik awal kanak-kanak yang profesional dan cekap iaitu:

  1. Perkembangan Kanak-kanak
  2. Kurikulum dan Persekitaran Pembelajaran
  3. Pentadbiran dan Pengurusan
  4. Keluarga dan Komuniti
  5. Pembangunan Profesional

Graduan yang mempunyai Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam ECE boleh mengajar di TADIKA atau TASKA. Walau bagaimanapun, semua prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia mensyaratkan guru perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda ECE sebagai kelayakan minimum bagi memastikan kualiti dan profesionalisme dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kerajaan menggalakkan pendidik awal kanak-kanak di sektor swasta untuk mempunyai Diploma ECE sebagai kelayakan minimum akademik. Disebabkan persaingan, TADIKA dan TASKA berkualiti mengambil bekerja graduan yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda ECE.

Dokumen Standard Program ini mengandungi panduan umum untuk penyampaian dan penilaian program, seterusnya membantu mengenal pasti komponen yang penting untuk anugerah kelayakan daripada tahap Sijil sehingga ke tahap Kedoktoran. Pernyataan yang terkandung dalam Standard Program merupakan penanda aras keperluan minimum, PPT digalakkan untuk melepasi syarat minimum ini.

Reviews

Write your review

Recommended