Perdagangan Dunia Melayu-China Hingga Kurun Ke-16 Masihi Satu Tinjauan Sejarah dan Arkeologi by Editor: Nazarudin Zainun Nasha Rodziadi Khaw

Perdagangan Dunia Melayu-China Hingga Kurun Ke-16 Masihi Satu Tinjauan Sejarah dan Arkeologi by Editor: Nazarudin Zainun Nasha Rodziadi Khaw from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
(price excluding SST)

Synopsis

Buku ini menyajikan kepada pembaca dalam bentuk pelancongan minda yang menjengah masa lalu melalui medan penulisan dan pembuktian dengan pendekatan sejarah dan arkeologi. Mengandungi perbincangan para sarjana berkaitan dengan hubungan perdagangan antara Dunia Melayu dengan negara China sejak awal Masihi hingga kurun ke-16 Masihi. Kedua-dua sudut pandangan ini digunakan untuk mengungkapkan panorama tentang bentuk hubungan antara kedua-dua kawasan ini baik melalui perhubungan dalam bentuk hubungan perdagangan, perkapalan dan ufti, mahupun pengaruh; khususnya negara China yang mempengaruhi jatuh bangunnya pusat-pusat perdagangan di dunia Melayu. Taburan ruangan kerajaan-kerajaan Melayu awal di Semenanjung Tanah Melayu juga disajikan dalam bentuk peta. Selain itu, bukti kehadiran dan bentuk hubungan dagang antara dunia Melayu dengan China ini juga jelas dibuktikan melalui jumpaan seramik di serata tempat di dunia Melayu. Antaranya para pembaca boleh mengharungi pengalaman pelancongan minda melalui jumpaan seramik di Lembah Bujang, Kota Kuala Muda dan Beruas yang membuktikan kewujudan perdagangan awal antara Dunia Melayu dengan China. Hal ini sekali gus membuktikan bahawa perdagangan dan aktiviti perhubungan di antara kedua-dua kawasan memang benar-benar wujud dan masih boleh 'dilawati'. Kesemua artikel dalam buku ini merupakan hasil penyelidikan daripada pelbagai geran penyelidikan.

Reviews

Write your review

Recommended