Carta-carta Kawalan Kualiti Berstatistik dalam Penambahbaikan Kualiti by Michael Khoo Boon Chong

Carta-carta Kawalan Kualiti Berstatistik dalam Penambahbaikan Kualiti by Michael Khoo Boon Chong from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Category: General Academics
ISBN: 978-967-461-039-5
File Size: 1.15 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

"Kawalan Kualiti Berstatistik (Statistical Quality Control – SQC) dan aplikasi statistik dalam penambahbaikan kualiti mempunyai sejarah yang lama. Walter A. Shewhart daripada “Bell Telephone Laboratories” memperkenalkan konsep carta kawalan berstatistik pada tahun 1920-an, sebagai pendekatan berstatistik untuk mengkaji variasi proses pembuatan bagi meningkatkan keberkesanan ekonomi sesuatu proses. Pengenalan carta kawalan oleh Shewhart sering dianggap sebagai permulaan rasmi SQC. Carta kawalan merupakan alat SQC yang paling berguna antara tujuh alat utama kawalan kualiti. Carta kawalan memberikan paparan grafik untuk cirian kualiti yang dipantau. Cirian kualiti diwakili oleh titik-titik sampel daripada data proses yang diplotkan untuk suatu jujukan masa tertentu. Carta kawalan terdiri daripada garisan tengah yang mewakili min cirian kualiti apabila proses berada dalam keadaan terkawal dan dua garisan mendatar lain, iaitu had kawalan atas dan had kawalan bawah. Had-had kawalan ini dipilih supaya semua titik sampel berada di antara kedua-dua had tersebut jika proses berada dalam keadaan terkawal. Sesuatu proses dianggap sebagai terkawal secara berstatistik, iaitu tiada tindakan pembetulan diperlukan jika semua titik sampel diplotkan di antara had-had kawalan. Walau bagaimanapun, suatu titik sampel yang diplotkan di luar had-had kawalan menandakan bahawa proses adalah diluar kawalan secara berstatistik, yang mana siasatan perlu dijalankan untuk menyingkirkan sebab terumpukkan yang menyebabkan kelakuan ini. Sebaik-baiknya, keadaan diluar kawalan perlu dikesan dengan segera supaya pembetulan proses boleh dilakukan dengan serta-merta untuk mengurangkan kos kerja semula dan kos pengeluaran."

Reviews

Write your review

Recommended