Skandal Perakaunan dan Kegagalan Tadbir Urus Korporat by Fauziah Md. Taib

Skandal Perakaunan dan Kegagalan Tadbir Urus Korporat by Fauziah Md. Taib from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Category: General Academics
ISBN: 978-983-861-802-1
File Size: 0.69 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

"Konsep persyarikatan moden diperkenalkan untuk meningkatkan prestasi firma. Manakala pengurus profesional pula digaji bagi menguruskan firma agar lebih cekap dan mantap untuk mencapai matlamat penubuhan firma. Selain daripada membawa kebaikan, pemisahan antara pemilik dengan pengurus juga mengundang pelbagai masalah agensi yang memerlukan pengawasan dan pemantauan yang berterusan. Tadbir urus korporat diwujudkan bagi memantau dan mengelakkan salah laku firma dengan pelbagai jenis peraturan yang terperinci bersama dengan saranan amalan terbaik untuk dicontohi. Namun, satu demi satu skandal perakaunan dilaporkan terus berlaku di seluruh pelosok dunia. Malaysia juga tidak terkecuali apabila turut sama terbabit dalam kemelut kegagalan tadbir urus korporat. Kegagalan ini dikatakan berpunca daripada struktur, komposisi pemilikan, operasi firma dan konglomerat. Bukti kegagalan tadbir urus korporat ini ditunjukkan melalui kes Skim Opsyen Saham Pekerja (ESOS) yang menampakkan sikap tamak dan rakus pihak pengurusan syarikat dalam mencari peluang dan ruang untuk memindahkan kekayaan daripada pemegang saham minoriti kepada pemegang saham majoriti. Maka inilah punca sebenar kegagalan tadbir urus korporat dan bukan didorong oleh struktur dan komposisi pemilikan semata-mata.

Reviews

Write your review

Recommended