Urbanisasi dan Perumahan di Malaysia by Julaihi Wahid
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
(price excluding SST)
Synopsis
Malaysia mempunyai perancangan yang sistematik dalam usaha untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Pembangunan fizikal yang teratur perlu disusun selari dengan peningkatan urbanisasi serta sejajar dengan kadar peningkatan dalam bidang ekonomi dan sosial yang diuar-uarkan dalam program transformasi nasional. Kerajaan Malaysia menggubal beberapa pendekatan untuk meningkatkan kualiti kehidupan, memupuk integrasi sosial dan keperluan asas yang mencukupi. Antara dasar yang diutamakan adalah dasar fizikal perumahan. Pemilikan rumah merupakan hak bagi setiap manusia dan merupakan sebahagian daripada undang-undang antarabangsa berhubung hak asasi manusia. Perkara ini telah dibangkitkan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Malaysia sebagai sebuah negara yang mementingkan kesejahteraan rakyat tidak terkecuali dalam hal ini. Campur tangan kerajaan dalam penyediaan perumahan awam oleh pihak swasta tidak boleh dielakkan. Penyerahan sistem perumahan kepada mekanisme pasaran terbuka akan menyebabkan harga rumah menjadi semakin mahal. Sistem kapitalis yang meminimumkan penglibatan kerajaan juga tidak akan menyelesaikan masalah perumahan di bandar. Sistem sosialis yang menganggap perumahan itu hak setiap rakyat juga mustahil untuk dilaksanakan kerana pembekalan mahupun pengagihan rumah tidak disasarkan kepada kemampuan sebenar rakyat. Sebagai negara yang mengamalkan sistem kapitalis, sudah pasti mekanisme penentuan harga rumah memihak kepada sistem pasaran bebas yang dalam keadaan marginal untuk menolak penerimaan permintaan, namun ia dilihat tidak dapat menyelesaikan masalah perumahan. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan bilangan penduduk dunia yang mencecah 7 bilion orang pada Oktober 2011 dan dijangka bertambah kepada 10 bilion pada tahun 2050. Kadar urbanisasi di Asia Tenggara pada tahun2010 ialah 41.8 peratus, manakala pada tahun 2025 ia akan mencapai 49.7 peratus.
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.