3650 Cinta by Nur Mayani

3650 Cinta by Nur Mayani from  in  category
Read using
(price excluding SST)
Title: 3650 Cinta
Author: Nur Mayani
Category: General Novel
ISBN: 978-967-13314-8-4
File Size: 0.86 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Hanya kerana sekeping gambar, mereka bertemu, berkawan dan dalam diam, si gadis mula memendam rasa cinta. Huda terlalu yakin, bahawa Wafiy, lelaki yang tak punya apa selain hati yang penuh dengan kasih sayang, dapat membahagiakan dia. Wafiy memendam rasa, menghalau segenap perasaan indah yang mula tumbuh dalam hatinya kerana dia, si miskin yang tak layak merasai apa itu cinta. “Jangan hancurkan hidup kamu dengan memilih lelaki tak guna. Yang tak boleh bagi kamu bahagia. Yang tak boleh bagi kamu kesenangan.” - Puan Suzy. “Wafiy tu baru 18 tahun, umi. Masih jauh lagi perjalanan hidup dia. Dia tu baik, ada cita-cita. Siapa tahu nanti dia jadi orang yang hebat. Yang kaya. Dan kalau dia tak kaya sekalipun, dia dah cukup senang dengan hidup dia sebab dia jenis yang tahu bersyukur. Dia tak macam kita yang tak pernah rasa cukup dengan apa yang ada”- Huda. Apabila seorang ibu tekad untuk memisahkan, percintaan terkubur bersama harapan. Hanya kenangan lelaki bernama Wafiy membelit jiwa dan menyiksa rasa. 3650 hari berlalu, hidup bersama kenangan manis seorang gadis yang tak mungkin berganti. Namun di hati Huda, dia dapat rasakan hembusan cinta Wafiy masih panas dan segar. Lelaki bernama Wafiy masih ada walaupun sepuluh tahun dulu, dia telah menerima berita kematian lelaki itu. “Ke mana saja Huda pergi, saya tetap di hati dia. Dekat jiwa dia. Umi bawalah dia ke planet lain sekalipun, saya akan tetap bersama dia." – Wafiy 3650 hari berlalu…Dapatkah Huda menerima kehidupannya tanpa Wafiy? Mampukah dia menjalani hidup dengan tenang sedang rasa bersalah itu sering mencengkam dirinya? Mampukah cinta antara dua darjat ini bersatu dalam rasa yang gembira?

Reviews

Best
by Nur Izzati Hanani bt Ahmad Takri on April 09, 2018

karya yang menarik..

3650 cinta
by Norita bt Hashim on January 22, 2019

best

3650 Cinta
by Erda Iskandar on September 13, 2021

Penceritaan yg penuh dgn penghayatan, byk bermain dgn emosi, konflik cinta. Pendpt sy, ini karya terbaik dr nur mayani.. Bila sedih, btl2 sedih, Simpati dgn nasib wafiy dan huda. Anyeay klu nk th.. Kene beli, its happy ending.. Tp not as what we expected.. Klu ada 10 bintang, mahupun 100 bintang, u deserve that, author.. Brilliant work!

3750C
by norhasliza binti yusoff on August 12, 2022

Cerita menarik

3650 Cinta
by Fatimah Faqihah binti Khazri on April 28, 2023

Pengembangan plot sangat cantik. Gaya penulisan yang kurang menarik. Terlalu banyak kesalahan ejaan dan banyak perenggan yang diulang.

Write your review

Recommended