Jangan Ganggu Buah Hatiku by Isma Adeliya

Jangan Ganggu Buah Hatiku by Isma Adeliya from  in  category
Read using
(price excluding SST)
Author: Isma Adeliya
Category: General Novel
ISBN: 978-967-0907-59-8
File Size: 1.29 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Cari mama, pujuk mama supaya rujuk semula dengan papa, satukan semula keluarga yang sudah berpecah, kemudian baru fikirkan tentang diri sendiri. Tapi bagaimana mahu buat Irsyad Rifqi yang tidak putus asa menggoda, memujuk dan mendesak faham akan keutamaannya? “Sekiranya menyayangi awak, merindui awak, mengambil berat tentang awak adalah satu kegilaan… saya sanggup gila sepanjang hayat.”- Irsyad Rifqi Keadaan menjadi lebih rumit apabila rupa-rupanya kekasih mama ialah abang kepada Irsyad Rifqi. Nanti apa gelaran pangkat yang perlu dia panggil, abang ipar atau bapa tiri? “Saya tak boleh paksa awak terima angah saya sebagai suami baru mama awak. Tapi jangan disebabkan mereka, hubungan kita terganggu. Saya sayangkan awak dan tak ada apa yang boleh menggugat rasa cinta yang ada.” – Irsyad Rifqi Tambah kalut apabila wujud Aish Mirza, lelaki kekwat bermulut pedas yang merasakan kehadiran Samirah begitu menyusahkan. “… Jangan perasan aku nak peluk kau. Tiang lampu tu lagi sedap dipeluk daripada kau!” – Aish Mirza Bila si kekwat tiba-tiba berubah, setia menemani, menasihati dan mendengar setiap keluh-kesah, ikhlaskah dia, atau ada niat jahat yang tersembunyi? “A good girl like Samira deserves a good man like me. Ingat, jangan ganggu buah hati aku!” – Irsyad Rifqi “Apa pun perasaan aku terhadap Ira tak penting. Aku tak suka nak ganggu buah hati orang…” – Aish Mirza Berjayakah Samirah menyatukan keluarganya dan antara CEO muda yang punya segala dan seorang lelaki yang biasa-biasa, siapakah yang berjaya menawan dan menjadi buah hati Samirah?

Reviews

Jangan ganggu buah hatiku
by Nur Izzati Hanani bt Ahmad Takri on January 25, 2018

Jalan cerita yang sangat santai@menarik

JGBHk
by Norita bt Hashim on August 28, 2019

Jalan cerita yang menarik

best
by on December 06, 2021

best tapi curious apa yg jadi dgn hero yg patah hati tu HAHAHAH

Write your review

Recommended