Apa perasaan awak bila sedar aje dari 'tidur', rupa-rupanya awak sedang terbaring di katil hospital? Sudah seminggu awak tak sedarkan diri selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Klise! Tapi, apa yang berlaku seterusnya ini agak aneh…
Setelah sedar, awak tak ingat langsung kejadian yang berlaku 5 tahun sebelum kemalangan tu. Dan lebih malang, awak didesak oleh keluarga awak supaya berkahwin dengan kawan baik awak sendiri dengan alasan awak sedang mengandungkan anaknya. What the hiccup?
Ini yang terjadi kepada Aida. Dia tak sangka langsung yang dia akan menerima nasib sebegitu rupa. Tergamak Hafizul mengkhianati kepercayaan dia? Mereka bersahabat dari kecil. Apa yang terjadi dalam tempoh 5 tahun itu sehingga Hafizul tergamak menggelapkan masa depan dia?
“Aku mabuk waktu tu, Da…” ~ Hafizul
Pengakuan Hafizul itu membuatkan Aida semakin membencinya. Bukan setakat Hafizul, Aida turut membenci anak yang dikandungnya.
“Kalau kau nak baby tu, okey. Kau ambik.
Kau pun tahu aku tak nak simpan budak haram ni.” ~ Aida
“Da, tolong jangan cakap macam tu dekat anak aku.
Sakit hati aku, Da... sakit.” ~ Hafizul
Tapi Aris, abang Aida mula merasakan ada sesuatu yang tak kena... Kenapa Hafizul beria-ia mengaku salahnya? Kenapa lelaki itu berusaha mengubah topik setiap kali dia mempersoalkan apa sebenarnya yang dah berlaku?
Betul ke semua salah Hafizul? Atau ada orang lain yang menjadi punca dan Hafizul sekadar jadi kambing hitam aje? Salah siapa sebenarnya?
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.