Something Stupid by Dekna Lee

Something Stupid by Dekna Lee from  in  category
Read using
(price excluding SST)
Author: Dekna Lee
Category: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-0657-88-2
File Size: 2.03 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Blurb: “Saya dihina awak depan orang ramai, saya ditolak mentah-mentah. Bila saya datang nak menghulur bantuan, awak masih dengan sikap angkuh awak. Awak nak saya layan awak buruk jugak, kan? Itu yang awak nak selama ni, kan?” ~ Irsyad Kerana rasa tercabar dilayan bagaikan tidak wujud oleh gadis pujaannya, ditambah pula dengan rasa cemburunya terhadap Aiman, Irsyad tega merampas mahkota gadis itu. Padanya, Zara miliknya yang abadi. Bukan milik Aiman dan bukan juga milik sesiapa. Hanya milik dia. Zara kecewa dengan Irsyad. Lelaki itu memang berhati binatang! Sanggup melakukan sedemikian terhadapnya. Dia menyepikan diri bertahun lamanya. Salah faham yang pernah terjadi, lambat terbongkar. Zara sudah menghilang. Irsyad menyesal! Enam tahun berlalu begitu sahaja, Irsyad dan Zara dipertemukan semula tanpa dirancang. “Zara, saya... saya datang nak minta maaf. Zara, saya berdosa. Saya tahu. Izinkan saya bertanggungjawab atas perbuatan saya dulu. Bukan niat saya... Tolonglah, Zara.” ~ Irsyad “Get lost!!” ~ Zara. Fikir Zara, semuanya kembali normal jika Irsyad pergi. Namun kemunculan tidak terduga Aiman sewaktu Irsyad menagih kemaafan daripadanya telah merumitkan keadaan. Irsyad merayu kepada Aiman untuk memperisterikan Zara. Apakah yang harus dilakukan oleh Zara? Terima saja Irsyad yang banyak melukai hatinya atau... menyepikan diri sekali lagi?

Reviews

Best
by Nur Izzati Hanani bt Ahmad Takri on April 16, 2018

menarik

SS
by Norita bt Hashim on July 03, 2019

best

Something Stupid
by CW SHARIFAH BALKIS CW A HAMID on March 30, 2020

Best! Salah faham memusnahkan segalanya. Sebab tu kena ambil tahu. Selidik biar teliti. Baru hati tak rasa sakit, terus pada kancah dendam tak bertepi. Apa-apa pun jalan cerita best, suka bila diorang kembali bersama. Lagi satu, watak ami tu...soddyyyyy, takleh nak move on macam ni. Cute sangat!

Something Stupid
by on July 06, 2020

Sebelum buat sesuatu kena selidik dulu,baru tak ada salah faham..Silapnya Irsyad bila dia buat Zara macam tu tapi akhirnya dia bertanggungjawab juga..Alahai,rasa nak sekeh ja Zara.Ego sangat..

SOMETHING STUPID
by Siti Halijah binti Md Lizah on June 26, 2021

5starz for this novel . Best sangat !! Tak bosan .

Something Stupid
by on July 24, 2021

overall best jugak novel ni. Not a r**e enabler but setiap manusia ade peluanh utk bertaubat n memohon keampunan. Tahts the key point yg author nak ketengahkan i think.

Alynaz(Something Stupid)
by on March 11, 2022

Best

best
by tunteha on June 25, 2022

menarik dan tak berat. jadi lagi menarik sebab kita study uitm jengka dan boleh imagine sgt

something stupid
by Harrni Ahmad on January 20, 2023

alhamdulillah...menarik. saya pun exstud uitm jengka ...sambil membaca membayangkan suasana di sana ...rindu

Something Stupid
by Siti Aisyah on November 16, 2023

Jalan cerita okay, tak terlalu membosankan. Perasaan ditolak dan cemburu bukan tiket untuk kite melampiaskan nafsu kpd perempuan yg menolak kita. Kesalahan Irsyad sbb melampias nafsu dia dekat Zara.. Same juga dgn Aiman, sebab x sukakan Si Zarina tu sanggup cakap kata2 yg merendahkan Zarina dulu. Kesian Zara dan Zarina jadi mangsa keadaan walaupun dgn masalah yg berbeza.

something stupid
by NURHIDAYAH BINTI JAMALUDIN on January 07, 2024

saya sangat suka!

something stupid
by on February 07, 2024

ni buku ke2 saya baca dr penulis..mmg permulaan bab membosankan..bila pertengahan barulah rancak.

something stupid.
by Wan Nor Amirah Zuraifah Binti Wan Azman on February 22, 2024

Jalan cerita menarik. watak pun menarik. suka dgn watak masing2. berbaloi

Write your review

Recommended