Awak, Jom Cinta Sampai Syurga by Ashany
Read using
(price excluding SST)
Author:
Ashany
Category:
Teen Novel
, General Novel
, Romance
ISBN:
9789670707396
Publisher:
October
File Size:
1.03 MB
(price excluding SST)
Synopsis
Rain, benarkah kita akan belajar lebih menghargai bila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi? Selama sebulan ini saya menangisi kehilangan dia, cinta pertama saya untuk selama-lamanya. Tolong saya... Tell me how am I supposed to live my life?
Yasmeen Hayfa, kadangkala bila kita terlalu menangisi sebuah kehilangan, hingga kita terlupa, kita masih dan sentiasa ada Dia di sisi kita. Benarkah hidup kita ini hanya ada derita bila kehilangan cinta? Benarkah kehilangan dia buat kita hilang segala-galanya? Fikir, Hayfa.
Lelaki itu cinta pertama yang sukar untuk aku lupakan. Aku hampir sahaja putus asa saat dia pergi sekali lagi. Kalau kau berada di tempat aku, apakah yang kau akan buat? Bingung bukan? Boleh sakit jiwa!
Mujurlah ada Rain, sahabat e-mel, menjadi tempat mengadu dan bercerita tentang perasaan aku kala ini. Meskipun ada Luq yang cuba memujuk dengan penuh sabar, sekaligus ingin menawan hati aku yang sedang bersedih, namun hanya Rain pendengar terbaik yang aku ada setakat ini. Siapakah kau, Rain, lelaki di sebalik skrin komputer riba?
“My proposal, particularly about our relationship. Let’s make a deal, Hayfa. Kalau dalam tempoh setahun ini kita masih bujang dan hubungan kita masih seperti ini, we meet up and try our luck on our third anniversary. Deal?”
“Deal!”
Bukan Luq tak sempurna. Dia punya kerjaya, pandai mengambil hati keluargaku dan bermulut manis. Bukan aku tak pernah mencintainya, tapi, seperti ada tembok yang menyekat mulutku untuk mengiakannya.
“Dah berapa hari menangis tu?”
“Kenapa nak tahu?”
“Nak prepare tempayan.”
“Nak buat apa?”
“Nak tadah air mata anak dara untuk pinang Puteri Gunung Ledang.”
Luq memang pandai memujuk dan membuat aku senyum tersenyum sama seperti cinta pertamaku itu. Namun persamaan itu yang membuatkan aku lebih kerap menafikan rasa hati dan menolak segala yang dilakukan oleh Luq untuk aku. Tapi, benar kata Rain, aku harus meneruskan hidup!
Akhirnya di kota suci Mekah, ketika aku menjalankan ibadah umrah, aku menemukan sesuatu yang tak pernah aku sangka. Aku bertemu dengan lelaki itu. Lelaki yang berada dekat dengan aku, tetapi tak pernah aku menyedari kewujudannya. Dan atas nasihat Luq dan Rain, akhirnya aku membuat keputusan untuk kembali mencari bahagia. Kalau lamaran itu masih terbuka untuk aku, bolehkah aku mengajaknya untuk bercinta sampai syurga?
Reviews
awak,jom cinta sampai syurga
by on October 22, 2017
A,JCSS
x rugi baca
by Siti Nooramirah on December 31, 2019
besstttt sgtt
Awak, Jom Cinta Sampai Syurga
by Nabilah binti Matsafi on April 16, 2022
Jalan cerita yg sangat menarik
Awak Jom cinta sampai syirga
by Rubina Abd Rahman on July 17, 2022
best
Taknak Lepas Baca Ya!
by on June 13, 2023
Bestttt gila tak rugi menitik air mata sebab baca novel ni hehe
awak , jom cinta sampai syurga
by Nor amira shakira binti zainuddin on October 27, 2023
best
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.