Isteri Aku Kalis Cinta by Mawar Kamila

Isteri Aku Kalis Cinta by Mawar Kamila from  in  category
Read using
(price excluding SST)
Author: Mawar Kamila
Category: Romance
ISBN: 978-967-0657-38-7
File Size: 5.85 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

“Saya harap, saya benar-benar kalis cinta. Saya tak mahu mencintai awak. Saya terlalu ingin membenci awak. Andai masa dapat diundur, saya nak perkahwinan ini tak pernah terjadi supaya saya tak akan pernah memberi hati pada awak.” ~ Diya. Pada Diya, Zahil hadir mengubat luka silamnya kemudian merobek pula luka yang lebih dalam. Maaf? Diya memilih, tidak! Hancur luluh hati Zahil Hariz apabila bahagia yang mereka bina musnah kerana kedegilan Diya. Zahil tiada upaya untuk mengubah masa silam Diya sebagaimana dia tidak berdaya mengubah hubungan cinta mereka yang cukup rumit. Kemunculan watak Zakuan, Syamil, Tina dan Nadya menambah konflik sedia ada. “Allah memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah hanya anugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Allah telah berikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Dan awak, Adelia Dayana adalah cinta saya.” ~ Zahil. Memberi kasih pada yang tidak mahu menghargai, sakitnya bagaikan patah hati. Hakikatnya, Zahil tak pernah meragui hati Diya. Namun apabila ada insan lain yang mampu buat Diya mengukir senyum, Zahil beralah dengan memberi hak kepada Diya untuk membuat pilihan. Penceraian atau kemaafan? Apakah pilihan Diya? ‘Isteri Aku Kalis Cinta’ merungkai penghujung sebuah dendam dan penantian.

Reviews

best
by on March 10, 2018

best

Isteri Aku Kalis Cinta
by Fariha Mustapha on June 25, 2019

Jalan cerita yang menarik. Drama Cetera Hati Diya kat tv3 skang diadaptasi dari novel ni. Tapi baca novel lagi jelas jalan cerita dia dan lagi menarik bagi aku. Tq penulis

isteri aku kalis cinta
by Hanny Annisa on July 06, 2019

terbaik.

Isteri Aku Kalis Cinta
by HIDAYA AZIZ on November 11, 2019

Cerita menarik yang berdasarkan antara dendam, kemaafan dan cinta. Tak cliche. Banyak pengajaran untok pembaca.

best
by Norita bt Hashim on June 04, 2020

best

Isteriku Kalis Cinta
by RH on March 14, 2022

Banyak sangat konflik. Seperti semua orang berkomplot untuk memisahkan hero

Write your review

Recommended