Cinta Pertama by Norhayati Berahim

Cinta Pertama by Norhayati Berahim from  in  category
Read using
(price excluding SST)
Title: Cinta Pertama
Category: General Novel
ISBN: 978-967-5229-49-7
File Size: 3.42 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Siapakah lelaki yang bakal menjadi tunangan Nurul Iman? Tampankah lelaki itu? Sayangkah dia pada Nurul Iman? Terlalu banyak andaian yang menyumbat benaknya sekarang. Terlalu banyak yang membuat hatinya risau dan parah. Dia kemudian bangun, berdiri di hadapan cermin. Tak tampan ke aku sampai Nurul Iman tak tertarik? Dia meneliti wajahnya. Selama ini ramai perempuan yang tergila-gilakan dia. Ramai yang memuji wajahnya tampan. Tetapi kenapa Nurul Iman seolah-olah tidak mempunyai perasaan padanya? Ah… kacau… kacau! Kenapalah makin dihapus ingatan dia terhadap Nurul Iman, semakin kuat ingatan tersebut menerpa di benaknya? Carl Zafran benar-benar buntu!

Reviews

Cinta Pertama
by NURFAEZAH BINTI NORDIN on June 16, 2017

Comment

Cinta Pertama
by Obot on November 30, 2017

I want to buy this novel. Please give me a respond to buy this novel.

Actual novel
by hafiz azhar on April 20, 2020

mana nak beli novel ni yang actual punya dan bukan e book?

Cinta Pertama
by MARIAH BINTI MOKSIN on August 30, 2020

Love

Cinta pertama
by Nur Aina Syuhada Binti Rahim on April 23, 2021

cerita agak slow tapi best je

Cinta Pertama
by on June 03, 2022

Suka baca novel ini. Bila baca rasa susah nak letak. Novel karya Norhayati Berahim yang pertama kali saya baca. Suka dengan watak Nurul Iman dan Carl Zafran. Kelemahan dan kekuatan watak utamanya saling melengkapi antara satu sama lain. Carl Zafran yang tidak sukakan perempuan dan menganggap tidak wujud wanita yang setia dalam cinta. Hanya kerana mamanya curang dan bertindak meninggalkan papanya dia sangkakan semua perempuan itu sama. Pernah putus tunang sebanyak tiga kali gara-gara pegangannya itu. Nurul Iman pula seorang gadis yang penyabar dan optimis apabila berdepan dengan sesuatu. Walaupun dimarah, tetapi berjaya mengawal emosinya. Selalu berfikiran rasional dan menjadi penyebab Carl Zafran berubah tanggapan terhadap wanita. Apabila cinta mula berputik di hati kedua-dua mereka, sama-sama tidak meluahkan. Mereka sengsara dengan pergolakan perasaan masing-masing kerana Nurul Iman tiba-tiba dipaksa bertunang dengan rakan sekerja umi Nurul Iman, Muaz. Ada sesuatu berlaku dan Carl Zafran bersyukur akhirnya kesengsaraan mereka berakhir dengan penyatuan cintanya dengan Nurul Iman. Ada dua perkara penting yang menjadi kesalahan penulis dalam cerita ini. Umi Nurul Iman, Dr. Afifah yang juga seorang pensyarah universiti telah menyarankan kepada suaminya untuk menggunakan adiknya sebagai wali Nurul Iman jika tidak dapat mencari bekas suaminya. Sedangkan untuk menjadi wali sepatutnya bapa saudara Nurul Iman sebelah bapa kandungnya. Mengapakah Nurul Iman dibintikan dengan nama bapa tirinya sedangkan kalau nak buat surat beranak pun memerlukan sijil nikah Dr. Afifah dengan suami lamanya Dr. Rahmat? Macam mana boleh dibenarkan suka-suka hati tukar nama bapa kandung anak? Tiada pencerahan langsung sehingga akhirnya. Bukankan menyukarkan Nurul Iman untuk membuat sebarang urusan, sijil-sijil akademik yang menggunakan nama yang tidak sah? Selain daripada itu, tiada berita langsung mengenai mama Carl Zafran setelah terputus hubungan bertahun-tahun? Tiada ura-ura usaha daripada Carl Zafran untuk mencari mamanya? Hanya tanggapan terhadap mamanya sahaja yang telah berubah. Rasa macam tidak begitu berpuas hati dengan pengakhiran cerita ini iaitu apa makna mimpi Nurul Iman seperti ada sesuatu yang belum selesai? Cerita ini menyingkap persoalan mengenai persahabatan yang telah lama terjalin, kesetiaan dalam perhubungan, kejujuran yang telus dan tidak bersangka-sangka dan banyak lagi. Penulisan yang bagus dan menarik minat pembaca untuk mencari lagi hasil nukilan penulis ini yang lain..

Write your review

Recommended