DIA... MR. PERFECT AKU! by Azieana

DIA... MR. PERFECT AKU! by Azieana from  in  category
Read using
(price excluding SST)
Author: Azieana
Category: Romance
ISBN: 978-967-0907-37-6
File Size: 1.53 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

DIYA... Mr. Perfect baginya ialah lelaki yang mampu memberi impak besar kepadanya. Tidak semestinya sempurna, kacak, kaya dan bergaya tapi mampu buat hatinya berdebar-debar walaupun dengan hanya pertemuan pertama. “Abang tak nak desak Diya untuk buat keputusan sekarang. Ambillah seberapa lama masa yang Diya perlukan. Abang akan sabar menunggu kerana sayang dan cinta abang pada Diya tulus dan tak ada tarikh luput...” – Aniq ANIQ... Dia telah lama memendam rasa. Menaruh harapan agar Diya menjadi miliknya. Baginya Diya membuatkan dia kenal rasa rindu, sayang dan cinta. Dia sentiasa ada saat Diya perlukan seseorang di sisi dan dia juga tidak pernah putus asa menawan hati gadis itu walaupun dia tahu hakikat sebenarnya. Jodoh itu ketentuan Tuhan. SHAH... Dia dikatakan berhati beku dan kayu. Sedangkan Hanim, tunangnya pun tidak dia layani. Siapa sangka suatu ketika dulu, saat dia hilang ingatan, dia telah menawarkan diri memperisteri Diya tanpa pengetahuan keluarganya. Diya ditinggalkan tanpa khabar berita kerana saat ingatannya pulih dia tidak ingat apa-apa. Hanya bayangan dua manusia muncul sebagai petanda. “Kita berdua sebenarnya dah kahwin dan Encik Shah suami saya, suami yang sah.” - Diya “Kalau you boleh bawa bukti yang kukuh, I akan terima you… no matter what. I akui, I sukakan you... tapi tu bukan bermakna yang I dah jatuh cinta dengan you sekarang.” - Shah “Saya tahu Encik Shah sukar nak jatuh cinta, tapi saya akan buat Encik Shah jatuh cinta dengan saya.” –Diya Mampukah Diya meraih cinta Shah? Mampukah dia mengharungi pelbagai dugaan yang melanda untuk memiliki suaminya semula atau akur dengan ketentuan sama ada Shah bukan Mr. Perfectnya?

Reviews

Dia mr. Perfect aku
by Norhaidayanti on February 12, 2017

Good

Mr Perfect
by AHH on April 25, 2020

not bad

Dia.. Mr. Perfect Aku
by on July 26, 2021

Permulaan pembacaan rasa perjalanan cerita agak lambat. Seterusnya rasa teruja mula terasa sejak perjumpaan semula Diya dan Shah. Tak sangka banyak pula halangan untuk mereka bersama. Yang dikatakan berhati kayu itulah Mr. Perfect Diya walaupun bukan sesempurna insan tetapi hanya Diya yang berjaya mencairkan hati Shah yang sejuk beku itu..

dia mr. perfect aku
by on July 12, 2022

not worth my time at all

Dia... Mr. Perfect Aku
by irdina on September 16, 2022

comel! suka bila tengok shah cemburu.

Write your review

Recommended