Pemuliharaan Bangunan Warisan di Malaysia: Pengalaman dan Cabaran Masa Hadapan by A Ghafar Ahmad
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
(price excluding SST)
Synopsis
"Pemuliharaan bangunan warisan merupakan fenomena baru dalam senario seni bina di Malaysia.
Walaupun kerja-kerja pemuliharaan bangunan warisan banyak dilakukan pada beberapa buah bangunan
kolonial, rumah tradisional Melayu, masjid, rumah kedai dan bangunan awam, terdapat segelintir
masyarakat yang masih kurang peka terhadap kepentingan bidang ini. Malah ada yang menganggap
pemuliharaan bangunan warisan sukar dipraktikkan selain tidak mendatangkan pulangan ekonomi yang
menguntungkan. Terdapat juga kerja-kerja pemuliharaan bangunan warisan yang tidak mengikut prinsip
dan tatacara kerja pemuliharaan yang betul.
Pemuliharaan warisan kebudayaan di Malaysia mula melonjak setelah bandaraya Melaka dan George Town
diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 7 Julai 2008. Usaha pelbagai agensi kerajaan
bekerjasama membantu menyediakan dosir pencalonan selama dua tahun termasuk Jabatan Warisan
Negara, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Perbadanan Muzium
Melaka, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa serta institusi pengajian tinggi awam telah membuahkan
hasil yang mengharumkan negara sehingga mencetus impak yang besar terhadap pemuliharaan warisan
kebudayaan. Pengiktirafan antarabangsa ini turut membantu, membangun dan mengembangkan lagi
bidang pemuliharaan bangunan warisan di bandaraya Melaka dan George Town khususnya dan Malaysia
amnya selain menjana sektor pelancongan warisan, memajukan aktiviti kesenian dan kebudayaan
masyarakat, meningkatkan usaha pengekalan tapak dan pemuliharaan bangunan warisan. Hal ini akan
meningkatkan lagi kesedaran masyarakat dan pelbagai pihak yang berkaitan terhadap kepentingan
pemuliharaan bangunan warisan.
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.